Tuesday, January 11, 2011

...Sebiji kelapa hanyut..



aKu rasa,, kepala aKu da makin kosong da..
Ntah,, kosong sekosong-kosongnya..
Langsung aKu da xleh nak pk..

Kengkadang,, aKu sekadar biarkan semuanya berjalan tanpa sebarang rancangan..
aKu sekadar mengikut ke mana sahaja tanpa aKu sendiri tahu kemana hala tuju dan apa yg bakal aKu tempuhi..

Mungkin agak janggal,, tapi itulah hakikatnya..
aKu rasa,, aKu ni da macam kelapa kering yg hanyut kat sungai je..
Ikut je ke mana arus sungai bawak aKu..
Langsung xkisah,, langsung xmelawan..

Kalo lalu kat kawasan berbatu,, maka terhantuklah aKu ke sana-sini..
Kalo lalu kat kawasan air terjun atau juram,, maka jatuh menjunamlah aKu..
Kalo air cetek,, maka terpaksalah bersusah-payah untuk aKu lepasi halangan yg ada..
Kalo lalu kat kawasan yg banyak rintangan,, semak,, ranting2 pokok,, maka tersangkutlah aKu kat dalam 2..

Mungkin masa air bah datang,, aKu akan mampu lepas dari rintangan 2.. atau mungkin jugak aKu akan kelemasan tersangkut kat situ..
Kalo air pasang pulak,, besar kemungkinan aKu akan dibawa semula mudik ke hulu sungai..

Ntah,, aKu xdapat pastikan kemana aKu akan hanyut atau dimana aKu akan berhenti..
Mungkin kat dalam paya,, tepi sungai,, celah2 pokok bakau,, atas pasir,, tepi pantai,, tengah laut..

Ntah..
Terlalu banyak kemungkinan..
Mungkin jugak akan ada orang yg akan amik aKu,, kupas,, belah,, amik santan aKu.. maklomla,, kelapa tengah mahal skg ni..
Singgit stengah sbijik 2pon da kire murah sangat da..

Atau,, mungkin aKu akan terus hanyut ke laut lepas..
Tanpa arah dan tujuan..

Tapi kan,, orang tua-tua ada cakap;;
“Benih yang baik,, kalau jatuh di laut akan menjadi pulau”.

Harap2 macam 2lah,, jangan jd kelapa komeng da le..
Santan xde,, nak tumbuh jd pkok baru pon xleh..
::aKu dAn sEsuaTu::

0 comments:

Popular Posts