Monday, January 10, 2011

..moNsoon bElum reDa..

Awan mendung terus memuntahkan rintik2 hujan..
Sudah beberapa hari keadaannya masih serupa..

Walaupun tidak lebat,, namun ia tetap mengakibatkan banyak rancangan tergendala dan tertangguh..
Sesekali hujan lebat melanda,, seakan2 banjir bakal melanda..
Namun tidak seperti tahun2 sebelumnya,, hanya hujan renyai2 yg kerapkali melanda..

Walaupun langit kelihatan gelap dan awan kelihatan sarat dengan titis2 air,, namun hanya gerimis yg turun menghempas bumi..
Dengan tahun 2010 hany berbaki kurang seminggu untuk berakhir,, tahun ini kulihat musim tengkhujuh bakal berakhir tanpa kehadiran hujan lebat..

Atau mungkin ia bakal melanda esok atau lusa..
Siapa tahu..

Mungkin juga ia akan melanda pada awal tahun 2011 sempena menyambut kedatangan tahun baru..
Tiupan angin monsun juga tidak seberapa pada tahun ini..
Mungkin sebab itu,, pantai juga kulihat kurang dilanda ombak yang menggulung..
Ombak yg menggila tidak lagi menghempas pantai seperti sebelumnya..

Mungkin masanya belum tiba..
Mungkin monsun masih mahu menyimpan kehebatannya buat seketika..
Membiarkan manusia lupa dan leka sejenak sebelum kembali mengganas sebagaimana sifat sebenarnya..

Sememangnya,, hujan dan badai pasti akan reda..


Mentari akan munncul menggantikan awan yang larat dan sarat dengan timbunan air..


Tiupan angin kencang akan bertukar menjadi hembusan bayu lembut..


Laut yg bergelora akan berubah menjadi medan mencari rezeki buat anak2 laut..


Dan suasana mendung akan bertukar menjadi satu hari yg indah dan ceria..


Mungkin,, pelangi bakal muncul di sebalik rekahan awan yang disimbahi sinaran mentari..


Siapa tahu..
24/12/2010 1:46:39
p/s: lupe lak nk post..=P
:::aKu dAn sEsuAtu:::

0 comments:

Popular Posts