Friday, December 23, 2011

angin perubahan..

sedar tak sedar,, sekarang ni da masuk fasa akhir untuk sem ganjil ni..

maknanya,, lagi seminggu 1'st paper akan menjelma.. xlupa juga dengan presentation mini projek,, progress presentation..

tapi macam biasa,, ak tetap xbuat ape-ape tindakan drastik pun lagi ni..

biasa la,, buat keje last minit je.. pastu mula la tak puas hati dengan ape yang dapat..

dengan angin,, cuaca yang tak mentu sekarang ni,, sedikit sebanyak menjadi punca kepada semua permasalahan yang aku rasakan kian rumit ni..

apa jalan penyelesaian terbaik??

takkan nak tunggu panas terik baru nak ade kekuatan kot..

hidup ni kena fleksibel,, baru boleh nak survive..

kalau xdapat nak survive dalam caca dan suasana cmni,, macam mana nak hidup kat tundra,, kat gurun sahara..hehe

cita-cita tu menggunung setinggi gunung everest,, tapi usaha xde..

ape nak jadi ni.. bila nak berubah?? bila nak berubah??

bangkitlah,, dah tak boleh hanyut,, lena lagi dah..

orang da sampai ke bulan,, takkan nak terus berkubang dalam lopak berlumpur lagi..

rasanya da sampai masa untuk siapkan roket untuk aKu jelajah sampai ke bulan..

kalau xboleh sampau bulan pun,, sampai luar negeri pun jadi la..

Thursday, December 22, 2011

menjaga hati sahabat

" saya lebih sanggup ketepikan awak demi menjaga hati kawan saya"


" saya perlu jaga hati kawan saya lebih dari saya jaga hati awak"


" sebab dia kawan saya, dan dia dah kawan dengan awak lama, sedangkan saya baru je nak mula kenal dengan awak. tapi dia tak suka saya rapat dengan awak, jadi saya rasa baik kita kurangkan mesej lepas ni"..

xpelah kalo awak dah buat keputusan camtu. saya hormati keputusan awak. tapi saya harap kita akan terus berhubung. jaga diri baik-baik ye..

Alangkah indah kan kalau semua orang berfikiran seperti mereka berdua.. 
Andainya perasaan menjaga hati sebegini dapat diamalkan, pastinya tidak akan berlaku kisah rampas-merampas kesasih orang serta perceraian akibat kehadiran oraang ketiga.


Andai semua orang mempunyai hati yang murni dan suci sebegini, nescaya tidak akan berlaku kisah perbalahan antara rakan karib akibat perbuatan merampas buah hati atau insan tersayang. 


Setelah persahabatan dibina rapi, segala masalah dan rahsia mula dikongsi bersama. kisah cinta juga tidak terkecuali dan sang sahabat mula ingin mengenali teman istimewa sahabatnya.


Seorang sahabat yang tidak menaruh sebarang syak prasangka membenarkan perkenalan mereka walau dengan hati yang amat berat. Namun atas dasar persahabatan dan percaya, dia merelakan.


Namun tanpa disangka, teman yang dahulunya sahabat mula melakukan tikaman dan tusukan secara sembunyi. akhirnya hati insan istimewa sang sahabat mula terpaut dan beralih kepadanya. 


Hubungan antara mereka kian hangat dan berjaya disembunyikan dari pengetahuan sang sahabat yang memberi sepenuh kepercayaan kepada insan yang dipercayainya.


Tanpa disedari, rupanya dirinya telah dikhianati oleh insan yang amat dipercayai.


Naluri sebagai insan amat kuat dan memberi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. malangnya dia tidak dapat mengagak dengan tepat apakah maksud sebuah petanda itu.


 Akan tetapi sememangnya manusia mudah lupa dan sering melakukan kesilapan.


Sahabat yang teraniaya mula membuat andaian bahawa dirinya telah dikhianati dan dipermainkan oleh insan yang amat dipercayainya.


Namun penafian demi penafian yang diterima menyebabkan dirinya berasa bersalah akibat membuat tuduhan secara melulu.


Tanpa disedari, kebenaran itu muncul tanpa dipinta. walau dinafikan keras oleh insan yang amat dipercayainya, namum bukti dan kejadian yang berlaku di depan mata telah membuktikan segala-galanya.


tiada apa yang perlu dipersoalkan lagi walau dinafikan oleh insan yang dianggap sahabat dan teman istimewa..


Dengan hati yang berat dan kecewa, insan yang dikhianati ini akhirnya cuba untuk menerima sebuah kenyataan bahawa tiada apa lagi yang perlu dinanti dari sebuah perhubungan yang belum pasti..


sebuah perhubungan yang tidak ikhlas dan penuh pembohongan bukanlah suatu yang perlu dipertahankan dan ditagih. masih banyak yang boleh dilakukan.. masih panjang perjalanan yang perlu ditempuh..


perjalanan tidak harus terhenti sekerat jalan,, hanya disebabkan sebuah kecurangan, pengkhianatan dan pembohongan..


perjalanan perlu diteruskan dan tiada apa yang perlu ditunggu lagi di hentian yang penuh dengan kepalsuan..


" saya rasa, saya xboleh hidup tanpa awak.."
" pasal kawan saya tu, lantaklah, yang penting saya xboleh lupakan awak"..
"ala, bukan dia tahu pun.. kalau dia tahu pun lantaklah"


saya pun sama.. saya pun tak boleh lupakan awak..
pasal dia,, xpayah runsing la.. pandai-pandai la dia nak hidup..


-aKu dAn sEsuaTu-

Tuesday, November 1, 2011

tarikh hari in..

hari ini hari selasa,, 5 Zulhijjah 1432H bersamaan 1.11.2011 Masihi..

sekian..

Monday, October 31, 2011

update today..

setelah sekian lama aKu biarkan belog nih tak terurus,, dipenuhi dengan sawang akhirnya malam ni tergerak pulak hati aKu nak update..

ntah ape aKu nak update ye.. ha,, da dapat idea da..

sekarang ni musim ujan da mula kat pantai timur,, khususnya kat negeri ganu nih.. boleh dikatakan ujan asik turun mencurah-curah.. kejap nampak cuaca elok je,, tapi tiba-tiba je uja turun..

nak dijadikan cerita,, arini semangat pulak ciap awal2 pagi nak g kelas walaupun ujan lebat.. bila ujan da reda,, mula la gerak menuju destinasi.. ujan da reda,, tapi banyak air bertakung atas jalan sebab ujan yang lebat..

masa tengah layan perasaan 2,, follow la belakang kereta.. tapi sebab kereta tu slow je,, hajat hati nak la potong..

memang nasib sangat baik,, dan-dan pulak masa nak potong tu ada lopak air bertakung yang agak besar dan dalam..

apa lagi,, brek emergensi pon da takde guna.. pasrah ajelah.. kereta tu pulak betul-betul lalu ikot lopak tu.. ape lagi,, abis lencun satu badan..

da elok-elok kering,, tibe-tibe je basah.. haha,, ape punye nasib da..

nasib baik pakai sweater,, xlah terkesan sangat walaupon basah satu badan.. maka terpaksalah duk dalam kelas beraircond selama 2 jam.. nasik baik air cond xsejuk sangat,, kalo x,, maunya beku duk dalam kelas tadi..

da le baru malam tadi ganu kalah dengan nogori,, pagi-pagi da kena simbah dengan air plk.. ape punye nasib daa.. lepas ni da xnak g kelas da kalo ujan..haha

Tuesday, October 4, 2011

KISAH IBLIS TERPAKSA BERTEMU RASULULLAH SAW




Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, 
tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:
"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? 
Sebab kalian akan membutuhkanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"



Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar,
 bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat?

 Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini,
 fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua 
yang cacat satu matanya. 

Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, 
taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, 
sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, 
namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. 
Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia.
Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. 
Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, 
maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. 
Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. 
Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."



Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, 
siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu 
adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara' (Loyal)"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan 
kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya
 kepada orang lain selama 3 hari,
 Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya.
 Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)



Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"


"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... 
Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka 
dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."




Manusia Yang Menjadi Teman Iblis 


Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?" "Pemakan riba." 
"Siapa sahabatmu?" "Penzina."
"Siapa teman tidurmu?" "Pemabuk.."
"Siapa tamumu? " "Pencuri." 
"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir." 
"Apa yang membuatmu gembira?" "Bersumpah dengan cerai." 
"Siapa kekasihmu? " "Orang yang meninggalkan solat jumaat" 
"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? " "Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."




Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas
Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. " 
Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir.


 Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka 
dan mereka tak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga
 hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca 
dan tidak boleh membaca,yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."


"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?" 
"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, 
ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, 
tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. 
Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan 
kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku." 


Iblis Dibantu oleh 70000 anak - anaknya 


Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. 
Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan. 
Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. 
Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua,
 sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku
 tugaskan kepada para Zahid. 


Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. 
Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah. 


Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan 
ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus. 


Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan 
lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus. 


Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, 
lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya. 


Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan 
pun menghiasi kukunya. 


Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, 
dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas 
dari keikhlasan mereka. 


Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa. 


Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. 
Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina,
 membunuh dan kufur.



Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan 
walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, 
isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. 
Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, 
aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat
di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya
 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan
 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, 
hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. 
Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, 
dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. 
Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat.
 Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya
 dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan
 seperenam mereka dari islam?




10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT


"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka,
 tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang
 bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya
 tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat
 patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya 
untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka 
tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia 
bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun,
 aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun,
 engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. 
dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang 
dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering.
 Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga,
 dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka.
aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini. Apabila anda sebarkan kandungan ini anda dianggap sebagai pendakwah. Sesungguhnya seorang pendakwah itu akan mendapat ganjaran dari Ilahi..


WALLAHUALAM..

Sunday, April 24, 2011

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

arggggggggghhhhhhhhhhhhhhHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH....

sebab ape xbolehhhhhh..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, April 17, 2011

aKu dan sEsuAtu..(xpdc)


Di telan pahit
Hendak ku buang terasa sayang
Engkau bermadu
Hendak ku minum engkau beracun

Kau bisa hingga punah-ranah
Dan mati akan diriku
Kau kebumikanlah aku di sini

Kau serang hendap
Cinta yang berbunga di hatiku
Berikan racun pada aku yang
Sedang dahaga

Cintamu membakar aku
Hingga jadi abu
Bergunakah aku lagi
Untukmu

( korus )
Dewasalah aku dalam
Perjalanan hari ini
Binasalah aku
Andai dikudakan telunjukmu........


Monday, April 11, 2011

kembali....

akhirnya, setelah sekian lama aKu terkurung dalam dunia kuno,, akhirnya aKu telah kembali semula ke zaman berteknologi tinggi..

kepayahan,, kesukaran,, kesengsaraan..

segalanya berjaya ditempuhi dengan penuh kesabaran dan ketabahan..

perkembangan-perkembangan terkini tidak dapat diikuti secara langsung..

akhirnya,, pada petang ini segalanya telah berakhir..

syabas dan kalungan tahniah kepada yang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah yang dihadapi..

Tuesday, March 22, 2011

hujan renyai-Renyai...

nampak gayanya,, musim kemarau yang melanda akhirnya berakhir..

hujan yang datang tanpa disangka-sangka menimbulkan seribu kepayahan kepada mereka yang tidak mengalu-alukan kedatangannya.

taburan hujan yang pada mulanya gerimis bertukar menjadi rintik-rintik hujan yang lebat ....

tanah dan ladang yang sebelumnya kering kian berair dan ditakungi lopak-lopak air..

katak-katak kian galak bersahut-sahutan tanda meraikan hujan yang turun..

induk-induk ikan mula berpasangan dan dalam usaha untuk mengekalkan kesinambungan generasi..

namun dalam kekalutan dan ketenangan rintik-rintik hujan yan turun,, banyak kejadian yang sememamngya datangnya tanpa undangan..

kehadirannya menimbulkan keresahan dan kegelisahan.. 

kejadian yang tanpa disedari telah banyak merubah kejadian dan keadaan..


haha,, ape ak melalut pagi-pagi buta nih..

aduyaii..

ermmm,, pedih jugak rupanya ye...

da le tertinggal dan ditinggalkan dalam hujan,, jatuh terjelepuk pulak tu..

maklomla,, hujan.. lantai licin..

ntah apa nak jadi..

tu lah,, careless lagi..

kan da kena tinggal..

helmet pon tertinggal,, terpakselah tumpang di Mahligai yang sememangnya sangat sukar diziarahi apatah lagi menumpang bermalam di dalamnya..

da le masuk tak mintak izin,, ape nak jadilah..


apepun,, ketentuan dan ketetapan itu sudah sememangnya telah lama ditakdirkan..

rancangan tahap bombastik pon takkan dapat merubahnya..

apepon,, memang seronok dapat keluarkan peluh dimalam hari..

ditambah pula ianya suatu yang sangat2 diminati dan digilai..

sampaikan lupa pada yang menanti..

akibatnya,, sebuah luka yang tanpa diundang datang bertamu..

luka yang sememangnya akan sembuh namun parutnya akan tetap kekal kelihatan..

luka yang akan sembuh pada zahirnya,, namun pada sememangny sangat2 sukar untuk pulih seperti sediakala...

atau mungkin takkan pulih lagi buat selama-lamanya..

tu lah,, xnak dengar cakap orang dulu-duu..;
"sediakan payung sebelum hujan",, kan da basah...

p/s: aKu sendiri pon xtahu ape aKu melalut nih..

:::aKudaNsEsuaTu:::

Wednesday, March 16, 2011

hujan datang lagi...

da lama xhupdate belogg nih..

bizi je manjang..

asik ngan lab,, lab repot,, test,, esaimen,, trip..

haha,, awal2 pagi nanti ade trip lagi..

dijangka bertolak pada jam 4.00am ye,, jangan jeles..

malam tadi agak syok berdinner dengan yapBULAT,, cikNAA,, ptPTN,, cpootLOWKEEY,, yayaKUCHING ngan juniorGENERASI-4.. hehe


sekarang da macam musinm tegkujuh balik pulak..
hari-hari ujan..

tadi da terpaksa skip kelas jam 12 gara-gara hujan..

tapi terpaksa jugak redah ujan lepas tu sebab ada test pukul 2..

kelas ponteng,, tapi boleh pulak pegi test..haha

disebabkan ada lagi satu esaimen yang perlu dihantar pada hari ahad sebelum pukul 12.pm,, maka aKu akan bekerja keras sepanjangg malam ni dan perlu pastikan siap sebelum pukul 3.30am jap lagi..

maklomla,, trip sampai hari sabtu..

petang sabtu da ade kelas menanti,, malam pon ade jugak..

nak xnak,, terpaksalah aKu berusaha keras malam nih..

juz wish me luck..

sekian....

Tuesday, March 8, 2011

akU daN sesuatU...

aKu dAn sEsuaTu...

juz leave me alone..

biarkan aKu dAn seSuaTu..

don't disturb me..

hanya aKu dAn sEsuAtu..

juz give me some space..

untuk aKu daN seSuaTu...

coz only me know the truth..

tentang aku dan SESUATU...

Saturday, February 26, 2011

post awal pagi...

syoknye lab malam2...

sebab aKu memang suke lab malam2..

sebab masE orang len tido enak-enak,, 
aKu masih xtido..

oranG laeN membuTe,,
aKu masih tErkiaL-kiaL senDal Mata..

orang lain selimOt tebal,,
aKu terketar-ketar dalam laB akibat aircOnd..

tapi memang beSt..

sekali-sekala boleh jadi burung antOO..

orang laEn maNe ade penGalaMan cenGgini kan..

sekarAng ni pOn da puKul 5.30am..

xpE,, nanti bOle semBahyang SUBUH terOs..

NAk tahan matA punYe pasAl,, da Macam-maCam bEnda aKu buaT..

lasT-laSt men snap muKe sendIrik..
hahahaha...

maTa laYu tahap kritikal..

maEn buLu kanCil...


xtaW nak cakaP pe........


tuKar posiSi pulaK...

tersunGkur akhirnYa...


zzZZzzZzzzzZZzz.....
...
.
.
.
.

demi mengejar ilmu dan kejayaan,, relaku tempuhi semuanya...

Thursday, February 24, 2011

"Blog Putih"




ape kaler belog ni??
putih kan..
jadi,, boleh le aKu join segmen ni kan,,

sebab ape warne putih..??
sebab putih itu manawan..
sebab putih itu suci..
sebab putih itu indah..
sebab aKu suke kaler putih..

sape lagi yang ade tema kaler putih ye??
ha,, diorang ni boleh kot..
aKu nak ajak diorang ni le join..

dengan


Thursday, February 17, 2011

:::komuNikaSi biSu:::

Komunikasi..
Tiap2 hari kita berkomunikasi..

Dengan ahli keluarga,, rakan,, bahkan dengan sesiapa sahaja..
Mengapa perlu berkomunikasi??

Jawapannya,, terlalu banyak untuk dicatatkan disini..
jadi,, aKu hanya mahu coretkan sesuatu shj..

Matlamat utamanya adalah untuk memberitahu dan bercakap..
Tetapi sebenarnya,, kita juga mampu berkomunikasi tanpa perlu bercakap..

Tanpa disedari,, komunikasi tanpa suara ini terlalu banyak kita gunakan dalam urusan seharian..

Ya,, komunikasi tanpa suara,, atau lebih tepat lagi,, komunikasi bisu..

Kehadiran teknologi telah mengembangkan dan memesatkan lg komunikasi bisu ini..
Laman2 sosial umpamanya,, hanya menggunakan bahasa bisu sebagai bahasa pengantara..
Begitu juga dengan penggunaan pesanan ringkas di telefon..

Kerapkali berlaku salah tafsir akibat penggunaan komunikasi bisu ini..
Lain yg ingin disampaikan,, namun lain pula yg diterima oleh pihak yg satu lg..
Jika ini berlaku,, maka terpaksalah penerangan lanjut diberi untuk menjernihkan kembali keadaan..

Orang ramai juga lebih gemar berkomunikasi tanpa suara..
Akibatnya,, kita makin tidak pandai untuk berkomunikasi menggunakan suara..

Kalau berchatting umpamanya,, cukup hebat..
Tapi bila berdepan,, macam orang bisu..

Sebenarnya,, aKu tidak menujukannya kepada orang lain..
Melainkan dituju kepada diriku sendiri..

Apa tidaknya,, aKu sangat petah berceloteh menggunakan komunikasi bisu,, sebaliknya sangat payah untuk aKu menuturkan kata2..
Sekalipun dengan ahi keluargaku sendiri..
:::aKu dAn sEsuaTu:::

cerita malam RABU...

malam nih,, macam bese lab sampai lewat malam..

tapi malam ni abis awl sikit..

kol 1.ooA.M da bole balik..

2 pon sebab lectrer bagi kelonggaran,, ade step yang bole "diskip"..

balik,, makan2 sapper lu.. isi perot..

cek ape yg patot..

dan sekarang,, game ARSENAL vS BARCELONA..



ape lagi,, layan..

kalo aKu banyak sangat bagi tanda setuju lam kelas esok,, paham2 jelah ea..
haha

Wednesday, February 16, 2011

ini FAKTA..

nak tahu fakta atau auta,, sila baca,,,

4 fakta yang belum kamu ketahui didunia:

 |1| Kamu tidak boleh menyentuh semua gigimu dengan lidahmu.



lllll
lll
l



 |2| Setelah membaca fakta 1,, kamu dengan bengapnya mempraktikkannya.. He he he Ngaku aja la..


lllll
lll
l

 |3| Setelah baca fakta ke 2 kamu tersenyum dan dalam hatimu berkata "sialan aKu terkena" hehehe



lllll
lll
l


Dan ke- |4| Setelah kamu baca fakta 3 kamu ber...niat untuk kenakan teman2mu yang lain pasal aKu sendiri pun terkena ha33, slamat mencuba..

Saturday, February 12, 2011

aDa aPa denGan 14 FEB??

tanggal 14 FEBUARI bakal menjelma..
pastinya ramai yang tertunggu-tunggu tarikh keramat ini,, terutamanya bagi pasangan kekasih..


mungkin ramai yang sudah sedia maklum tentang asal-usul bagaimana bermulanya sambutan ini.. namun,, sekadar untuk mengingatkan dan berkongsi.. 


saksikan dan nilailah sendiri..



dan untuk lebih memahami,, disini turut disediakan dalam bentuk bacaan..


Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine: 
dipetik dari: ..solihinzubir.com..

Pertama 
Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.

Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Kedua
Pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.

Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Ketiga
Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Sebagai umat Islam, kita dilarang untuk menyambut Hari Kekasih. Hukumnya HARAM. Lagipun, rasanya tidak perlu hari tertentu untuk kita menunjukkan kasih sayang kita terhadap pasangan kita yakni suami isteri.



senyum tak nampak GIGI..

tengah jalan-jalan tadi,, singgah kejap kat belog milik cik kila..

nampak le name ditag untuk kontes senyum tak nampak gigi..

macam bes je,, join le bukan rugi pon..

sebab da tak taw nak amik gambar mane,,

aKu nak bubuh gambar nih..



Friday, February 11, 2011

penghuni air,,kaki pukul,, siput,, dan ......

ceritanya bermula begini,,

"disini ada satu pengumuman ye,, kelas untuk siput petang ni dibatalkan.."
maka bersorak rianglah sekalian penduduk air..

"belom abis lagi ye,, tapi lab siput untuk malam ni berjalan seperti biasa.."
begitulah antara sedutan pengumuman pemimpin kaum air kepada sekelian penghuninya..

dan tak lame lepas tu,, aKu terima 3 mesej berturut-turut daripada ahli geng kaki pukul..

sms nye bertaip lebih kurang cenggini,,

"salam hormat,, petang ni latihan memukul kat port lame jam 5petang.. yang boleh hadir awal,, hadir awal.. janji hadir untuk kuatkan geng kita.."


maka,, aKu pun dengan baik hati sebarkan berita baik ni kat geng-geng kaki pukul yang lain..

maka berlakulah aktiviti pukul memukul dan merekrut ahli baru sebagai pelapis geng kaki pukul untuk generasi akan datang oleh otai-otai..

aKu pulak langsung xsedor,, jam da kol 7 lebih.. budak yang baru rekrut ckp kat aKu diorang terpakse balik sebab ade sesi latihan intensif pulak kol 8 malam..

alamak,, aKu ade lab siput malam nih.. maka berkejaranlah aKu menunaikan ape yang patot sbelom masuk lab..

dipendekkan cerita,, dua-dua jarum jam da tunjuk kat no 12a.m..
aKu da le lapor,, ngantuk,, esok nak test pulak tapi xstudy pn lagi,, boring pulak..

untuk ilangkan sume ni,, aKu pon giat buat rondaan kat grup-grup lain.. sembang-sembang.. kuar masuk lab..
nak balik xbole,, eksperimen xciap lagi,, kene tahan jelah..

makin lame,, makin lame pulak aKu tengok tergolek atas meja..
tak campor lagi yang berlonggok-longgok kat luar lab..

da dalam kol 1.30a.m,, setelah rundingan dibuat dengan lab assistant,, maka diberi 2 pilihan,,
1: terus tunggu dan ciapkan lab malam 2 jugak.. dia estimate kol 3a.m baru bole ciap!!!!
2: datang balik esok,, amik masa dalam 15-30 minit untuk ciapkan lab tu.. tapi dengan syarat,, JANGAN BGTAW LECTRER pasal pakatan sulit nih!!!

maka majoriti amik keputusan nak balik walaupon ade jugak nak stay,, tapi kita kan duk kat negare demokrasi.. haha..

balik,, aKu bagi makan kat perot yang da kosong sejak petang..
esoknye,, pegi lab sambung eksperimen.. dalam 30minit da ciap..

balik,, dengan niat berkobar-kobar aKu mula study..
xsampai sejam,, aKu da stat study dalam mood mimpi..

sedor-sedor je,, aKu dapat rasekan yang aKu da terlambat untuk sambung study dalam dunia realiti..
dengan berbekalkan dada yang berdebor-debor,, aKu pegi jugak jawab test..

dengan ilmu yang aKu dapat mase aKu study dalam mood mimpi,, aKu estimet bole jawab 80%.. 2pon yang jawab,, xkompom lagi betol ke salah..haha

apepon,, tahniah kepada diri sendiri sebab sekali lagi aKu study xabes dan lebih suke study dalam mood mimpi..

tahniah ye,, tahniah..!!!!

Tuesday, January 25, 2011

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool

nampaknya,, sekali lagi aKu nak menjoin contest gambar-bergambar..
kali ni,, aKu join CONTEST ni pulak..




sekarang,, tengok gambar aKu pulak..hehe





xmnampak muka kan?? xnampak kan..??
kalo xnampak,, layak le kan..


sekali lagi aKu nak kongsi ngan kengkawan aKu pasal nih..
sape ye..??

ha,, da dapat da..

calon-calonnye adalah:

silelah carik gambor-gambor yang xnampak muke ye..

Popular Posts