Thursday, March 22, 2012

jatuh dan bangun

pabila terjatuh,, adalah menjadi satu kemestian untuk kembali bangkit.. bagaimana kita terjatuh bukanlah satu persoalan yag penting, sebaliknya bagaimana untuk bangkit kembali adalah suatu yang perlu ditekankan.. 

memang mudah untuk mengungkapkan kata2 semangat andai sesuatu terjadi kepada org lain,, sebaliknya jika situasi itu terjadi kepada  diri sendiri,, mampukah kita merealisasikan apa yang pernah kita utarakan dahulu..??

 ya,, kebangkitan itu perlu kita lakukan andai mahu terus mara ke depan.. kiranya kita tidak mahu bangkit,, maka pastinya golongan yg menang akan terus jauh meninggalkan kita di belakang.. mahu atau tidak,, sebuah kebangkitan itu perlu dilaksanakan.. walau bukan untuk diri sendiri,, tetapi untuk orang2 disekeliling kita.. bangkitlah dan bersama menuju kegemilangan.. 



usah terus-terusan meratapi sebuah kekecewaan,, usah terus manangisi sebuah kegagalan.. 


kegagalan adalah guru yang paling bermakna untuk mencapai sebuah kejayaan nan gemilang..

Popular Posts