Manusia semakin kejam..!!
Mengapa semua ini berlaku??
Adakah salah ibu yang mengandung??
Benarkah silap didikan guru??
Apakah sudah hilang segala sifat perikemanusiaan dalam diri??
Adakah sudah hilang segala kewarasan akal??
Mungkinkah sudah hilang segala pertimbangan yang wajar dalam diri??
Mengapa harus diturutkan nafsu yang membara??
Mengapa kita tidak menjadikan diri kita sebagai tuan??
Mengapa pula kita biarkan nafsu menguasai diri dan menjadi tuan kepada kita??
Mengapa?? Mengapa??
Tidakkah terfikir akan segala akibat atas perbuatan itu??
Tidakkah takut akan pembalasan dari tuhan yang maha Esa??
Sudah hilangkah sikap lemah lembut??
Mengapa biarkan nafsu dan syaitan terus-terusan menguasai diri??
Mengapa diambil sifat binatang yang buas itu??
Kemana dibuang sifatmu yang tulus dan luhur??
Sudahkah engkau lupa akan peringatan demi peringatan dari Tuhanmu??
Sampai bila engkau mahu terus bergelumang dengan semua ini??
Bilakah masanya engkau mahu berubah??
Harus bagaimana lagi supaya kamu berubah??
Sampai hujung nyawa??
Apakah mungkin kamu yakin mampu berubah sebelum ajal menjemput??
Adakah kamu yakin mampu bertaubat sebelum malaikat maut mencabut roh dari tubuhmu??
Atau mungkinkah engkau yakin mampu menghalang kematian dari menghampirimu??
Insaflah..!!
Sedarlah..!!
Ingatlah..!!
Kita hanyalah hamba..!!
Dunia sekadar pinjaman..!!
Sesungguhnya mati itu benar..!!
Suka atau tidak..
Sesungguhnya kita hanya menghitung detik,, menanti saatnya ajal datang menjemput..
Yang pastinya akan tiba..
Walau tanpa sebarang undangan..
:::aKu dAn SesUaTu:::
0 comments:
Post a Comment