Sunday, November 28, 2010

:::CeriTa seBotol syaMpoo:::


Suatu senja,, seorang kakak menyuruh adik-adiknya mandi setelah seharian bermain.. seorang adik lelakinya menyuruh sang kakak menyediakan peralatan untuknya mandi.. 

bukan tidak mahu mengambilnya sendiri,, tetapi sekadar mahu bermanja dengan kakak kesayangan yang jarang-jarang pulang ke rumah gara-gara menuntut ilmu di menara gading di ibu kota..

Si adik begitu berbangga kerna memiliki seorang kakak yang bergelar mahasiswa,, sekaligus mahu menurut jejak langkah sang kakak..



Si adik melonjak gembira tatkala sang kakak membawa peralatan mandi beserta sebotol SYAMPOO yang baru dibeli dan masih belum dibuka..

Si adik yang keriangan mandi dengan bertemankan alunan lagu yang dinyanyikan sendiri.. melodi dan lirik dinyanyikan mengikut apa yaang terlintas difikirannya..

dia menyanyi sambil tanngannya yang memegang botol syampoo dihayunkan ke kiri dan kekanan.. tanpa desedari,, tudung syampoo yang dipegangnya tercabut dari botol.. 

maka,, bertaburanlah syampoo itu di merata-rata dan syampoo yang tinggal di dalam botol hanyalah sisa-sisa..



Si adik yang panik lantas dengan segera membilas sisa-sisa sabun di badannya dan kembali ke dalam rumah.. 

si adik berasa gelisah seandainya kakaknya mendapat tahu tentang apa yang baru sahaja berlaku..

Kemudian,, sang kakak mandi dan bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib.. 

Semasa sang kakak mandi,, tiba-tiba dia memanggil-manggil nama si adik yang baru selesai mandi.. 

si adik yang telah dapat mengagak apa yang terjadi hanya diam membatukan diri..



Setelah selesai mandi dan menunaikan solat maghrib,, sang kakak memanggil si adik.. lantas si adik dimarah kerna sikap cuainya.. 

akibat perasaan geram bercampur marah,, sang kakak menyuruh si adik mengantikan semula syampoo yang telah dibazirkan oleh adiknya.. 

malam itu,, si adik tidak menjamah makam malam gara-gara merajuk dengan tindaakan kakaknya.. dia juga menyesal atas tindakannya..

 tetapi apakan daya,, menyesal dulu pendapatan,, menyesal kemudian tiada gunanya lagi..

Si adik lantas mengambil keputusan untuk mengambil semua duit tabungan yang telah dikumpulkan dari duit saku sekolahnya untuk diberikan kepada kakaknya..

Si adik terus membawakan duit tersebut kepada kakaknya,, termasuk kepingan duit syiling..

Sang kakak yang terharu dengan apa yang dilakukan oleh adiknya menangis lantas memeluk adik kesayangannya.. sang kakak memulangkan kembali duit milik adiknya..





Sang kakak berpesan kepada adiknya supaya menjaga barangan orang lain dan amanah yang diberikan sebaik mungkin..

Dikala bergembira,, jangan pula berlebih-lebih sehingga mendatangkan kemudarat dikemudian hari..

Perlu menerima segala teguran dengan hati yang terbuka lebih-lebih lagi jika kesalahan datang dari diri sendiri..


andai melakukan kesalahan,, berani menanggung akibat dan musibat dari setiap perbuatan yang telah dilakukan..



Kini si adik telah menginjak dewasa dan kakaknya sudah lama merantau di negeri orang dan jarang sekali pulang ke kampung halaman gara-gara tuntutan kerja..


setelah sedekad berlalu,, si adik mula melupakan kisah yang berlaku..

Dan kisah ini kembali bermain di benak si adik tatkala melihat anak kakaknya yang seronok mandi sambil bermain dengan buih-buih syampoo sewaktu pulang berhari-raya di rumah usang milik datuk dan nenek mereka...
:::aKu dAn sEsuaTu:::



4 comments:

dAYaHnANoHa said...

syampu~~budak tu=pejo...ahahhaha
sesuatu~~

serinditMERAH said...

ape plk.. aku + shampu = akudansesuatu..

dAYaHnANoHa said...

wahahahha.....da dpt!!!!komen~~hehehhe.....tgk arr sape yg baiki kan..hehhehe

dAYaHnANoHa said...

kamoo dipilih sebagai pmenang!!
http://dayahnanoha.blogspot.com/2010/11/you-are-sweet-blogger-like-candy.html

There was an error in this gadget

Popular Posts