Sunday, February 12, 2012

sebatang penyapu buruk

penyapu itu,,
lahirnya untuk sebuah tujuan yg murni..
penyapu itu,,
lahirnya dari tangan-tangan yang cekal..
penyapu itu,, 
lahirnya dengan penuh semangat..
penyapu itu,,
punyai semangat mengalahkan penciptanya..

penyapu itu sedar akan apakah bakal tugasannya..
penyapu itu sedar apakah mungkin kesudahan sebuah kehidupan..
penyapu itu sedar apakah tanggapan yang bakal dilemparkan padanya..
penyapu itu sedar betapa ia bakal bergelumang dalam kehinaan..

penyapu itu,,
penyapu itu sedar kehidupannya hanya untuk membersihkan..
penyapu itu sedar gunanya hanya pabila persekitaran kotor dan jijik..
pennyapu itu sedar..

tatkala kebersihan yang ia bawakan,,
tatkala itu..
dirinya diselaputi dengan debu,,
kotoran,,
sampah,,
malahan najis sekalipun..

namun ia rela..
namun ia pasrah..
namun ia ikhlas..
namun ia tetap redha..
redha untuk terus menjadi sebatang penyapu..

kerna walau dirinya kotor,,
walau dirinya jijik,,
walau dirinya berdebu,,
walau dirinya busuk,,
namun ia telah membawa sebuah ketenangan..
dirinya telah membawa sebuah kebersihan,,
menghilangkan kekotoran,,
memberikan keselesaan,,
memberikan kesihatan,,
walau dirinya bakal menuju ke dalam tong sampah..

namun ia puas..
puas kerna mampu berbakti kepada manusia..
yang pandai mengotorkan,,
tetapi tidak pandai membersihkan..

bersyukur si penyapu buruk,,
kerna andai wujudnya dia,,
sebutir pasir,,
pastikan dapat diusir,,
dari hidup seorang manusia..

1 comments:

mohd Lamka said...

kemah boh, berdesup mcm bola lisut!!

There was an error in this gadget

Popular Posts