Thursday, December 22, 2011

menjaga hati sahabat

" saya lebih sanggup ketepikan awak demi menjaga hati kawan saya"


" saya perlu jaga hati kawan saya lebih dari saya jaga hati awak"


" sebab dia kawan saya, dan dia dah kawan dengan awak lama, sedangkan saya baru je nak mula kenal dengan awak. tapi dia tak suka saya rapat dengan awak, jadi saya rasa baik kita kurangkan mesej lepas ni"..

xpelah kalo awak dah buat keputusan camtu. saya hormati keputusan awak. tapi saya harap kita akan terus berhubung. jaga diri baik-baik ye..

Alangkah indah kan kalau semua orang berfikiran seperti mereka berdua.. 
Andainya perasaan menjaga hati sebegini dapat diamalkan, pastinya tidak akan berlaku kisah rampas-merampas kesasih orang serta perceraian akibat kehadiran oraang ketiga.


Andai semua orang mempunyai hati yang murni dan suci sebegini, nescaya tidak akan berlaku kisah perbalahan antara rakan karib akibat perbuatan merampas buah hati atau insan tersayang. 


Setelah persahabatan dibina rapi, segala masalah dan rahsia mula dikongsi bersama. kisah cinta juga tidak terkecuali dan sang sahabat mula ingin mengenali teman istimewa sahabatnya.


Seorang sahabat yang tidak menaruh sebarang syak prasangka membenarkan perkenalan mereka walau dengan hati yang amat berat. Namun atas dasar persahabatan dan percaya, dia merelakan.


Namun tanpa disangka, teman yang dahulunya sahabat mula melakukan tikaman dan tusukan secara sembunyi. akhirnya hati insan istimewa sang sahabat mula terpaut dan beralih kepadanya. 


Hubungan antara mereka kian hangat dan berjaya disembunyikan dari pengetahuan sang sahabat yang memberi sepenuh kepercayaan kepada insan yang dipercayainya.


Tanpa disedari, rupanya dirinya telah dikhianati oleh insan yang amat dipercayai.


Naluri sebagai insan amat kuat dan memberi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. malangnya dia tidak dapat mengagak dengan tepat apakah maksud sebuah petanda itu.


 Akan tetapi sememangnya manusia mudah lupa dan sering melakukan kesilapan.


Sahabat yang teraniaya mula membuat andaian bahawa dirinya telah dikhianati dan dipermainkan oleh insan yang amat dipercayainya.


Namun penafian demi penafian yang diterima menyebabkan dirinya berasa bersalah akibat membuat tuduhan secara melulu.


Tanpa disedari, kebenaran itu muncul tanpa dipinta. walau dinafikan keras oleh insan yang amat dipercayainya, namum bukti dan kejadian yang berlaku di depan mata telah membuktikan segala-galanya.


tiada apa yang perlu dipersoalkan lagi walau dinafikan oleh insan yang dianggap sahabat dan teman istimewa..


Dengan hati yang berat dan kecewa, insan yang dikhianati ini akhirnya cuba untuk menerima sebuah kenyataan bahawa tiada apa lagi yang perlu dinanti dari sebuah perhubungan yang belum pasti..


sebuah perhubungan yang tidak ikhlas dan penuh pembohongan bukanlah suatu yang perlu dipertahankan dan ditagih. masih banyak yang boleh dilakukan.. masih panjang perjalanan yang perlu ditempuh..


perjalanan tidak harus terhenti sekerat jalan,, hanya disebabkan sebuah kecurangan, pengkhianatan dan pembohongan..


perjalanan perlu diteruskan dan tiada apa yang perlu ditunggu lagi di hentian yang penuh dengan kepalsuan..


" saya rasa, saya xboleh hidup tanpa awak.."
" pasal kawan saya tu, lantaklah, yang penting saya xboleh lupakan awak"..
"ala, bukan dia tahu pun.. kalau dia tahu pun lantaklah"


saya pun sama.. saya pun tak boleh lupakan awak..
pasal dia,, xpayah runsing la.. pandai-pandai la dia nak hidup..


-aKu dAn sEsuaTu-

1 comments:

moo moo said...

owh..sedeh nye..sabar ye pejo..pegi BB nt p enjoy k..hahah

Popular Posts